Tuesday, July 31, 2012

Umrah 2012 - Part 2

nak sambung tentang perjalanan umrah kami tempoh hari... nak kata kan tips tak jugak sbb rasa tak layak nak bg tips pada org lain yg mungkin lebih banyak pengetahuan dan pengelaman. tp disebab kan ramai jugak yang tanya bagaimana kami handle anak2 bertuah yang berdua tu sepanjang 2 minggu tu...

firstly, Alhamdulillah , syukur pada Allah SWT kerana semua berjalan lancar...
 mula-mula memang kami berdua risau... sebab last year masa kami berdua pergi, memang rasa tak larat sgt ehheh...saya kan tak fit, jarang bersenam jadi masa saei tu mmg penat sesangat...errr actually penat tu tak lah sangat, tapi saya masa tu sakit tumit....jadi tahun ni dari KL lagi dah pikir saya kena atasi masalah sakit tumit pijak lama sangat beralaskan socks sahaja kat lantai marmar tu... so pergi la ke PKNS, heheh dgn kawan baik kami (EJ and CS) pergi cari socks tebal, then jumpa mcm simple shoes khas utk tawaf and saei. Alhamdulillah ia berkesan, berkesan dengan izin Allah SWT bukan kerana kasut tawaf saya :)

 Selain tu persediaan awal dari Malaysia, kami dah bagitau anak2 dari awal yang kita akan ke Mekah, cerita kan sedikit sebanyak apa yg kita akan buat. bagitau mereka kenapa kita nak pergi ke situ.Pesan baik baik minta mereka behave dan jgn tantrum. dah bagitau awal2 pakaian bagaimana kita semua akan kerap pakai semasa di sana... bagitau mereka yang kebanyakan aktiviti adalah di masjid, tapi masih ada pergi ziarah. anak anak bertuah memang seronok dan excited. kami pun dah pesan perjalanan pun jauh so minta mereka bersabar.

Masa di KLIA, budak berdua mintak beli kan toys, adei awal2 dah kena cukai...tapi takpe la beli kan je la yang kecil dan tak mahal sgt. niat nak menggembirakan anak2 aje la... dlm flight 14 jam tu, mereka leka dgn toys baru sambil nengok movie. Kami naik MAS jadi byk movie cartoon dan filem melayu juga. syahmi layan Zombi Kampung Pisang while Hafiz layan Cars. Sempat la mummy n daddy buat last minute revision dan tidur. dah sampai di Jeddah perlu naik bas ke Madinah pun ambik masa dlm 5 jam...err tak ingat la exact time... Alhamdulillah sekali lagi anak2 berdua baik sangat... langsung tak mengeluh... lepas dah satu kerisauan hati kami iaitu bagaiaman nak menempuh perjalanan jauh dengan anak2.

Waktu waktu lain sewaktu kami bersolat, syahmi dan hafiz akan ikut daddy ke bahagian lelaki. masa di madinah, mummy period jadi kami akan berjalan bersama2 ke masjid sambil mummy tolak stroller. cuaca di madinah lebih sejuk dari Mekah maka perjalanan rasa nyaman. selalu nya kami akan singgah di Bin Dawood untuk beli sedikit chocolate/biskut dan kadang2 ice blended. Syahmi dan daddy selalu nya akan masuk bersolat dlm masjid, sementara mummy n hafiz akan duduk di perkarangan masjid. kami berdua dah asingkan duit2 kecil utk anak2 berdua agih-agih dan sedekah kan kepada mana2 fakir atau pekerja masjid. anak2 seronok buat begini, kadang2 jika ada anak kecil yg lain, mereka berdua ni akan beri choclate atau biskut. sambil mereka berdua berseronok begitu, kita terang kan pada mereka kebaikan bersedekah. 

Masa di Mekah pula, kami tak guna stroller sebab stroller tak boleh bawa masuk ke dlm masjid maka kami pinjam wheelchair yang disediakan oleh pihak Andalusia. Di Mekah, kerana cuaca lebih panas, kebiasaannya anak2 memang dah duduk siap2 kat wheelchair utk kami mengerjakan tawaf dan saei. Masa saei anak2 memang akan duduk di wheelchair , ini kerana untuk menjaga syarat ihram mereka juga. kerana bahu kiri wajib sentiasa di sebelah kaabah (err betul ke cara saya explain ni?) dan tak boleh terpusing. sekiranya terpusing maka kena repat balik pusingan tersebut. masa saei kebiasaannya kami biarkan mereka berjalan dan berlari, bila penat baru duduk di wheelchair. Alhamdulillah, saya tak tau nak explain macamana tp perjalanan tawaf dan saei bersama anak2 dilakukan dgn lebih mudah dan pantas. tak terasa penat dan cepat shj walaupun jemaah sgt ramai. Rezeki anak2 agaknya. 

Waktu solat pula suami selalu ambil tempat ditepi sekali supaya anak2 tidak mengganggu jemaah lain. tapi suasana di sana bukan seperti di Malaysia, di Malaysia ada sesetengah masjid tak benarkan anak perlu duduk di belakang sedang kan di Mekah dan Madinah, mereka sangat suka kan budak2. Kerap ada Arab yang akan ambil gambar, video mereka, rezeki mereka juga murah dengan pelbagai choclate dan gula gula. pernah sekali sedang tawaf, Hafiz dah terlalu penat dan menahan panas mungkin tapi masih tidak menangis, muka sangat sedih dan tahan penat, ada arab dtg beri dia sebatang lollypop. terus muka hafiz bertukar ceria. Jadi kami pun cuba inculcate perkara yg sama. kerap membawa gula2 utk menceriakan kanak2 lain, di mana kebiasaannya messenger kami ialah syahmi dan hafiz.

Dalam amsjid juga kadang2 kami tugaskan mereka mengambil air zamzam utk di bawa pulang ke masjid dan juga tolong isi air zamzam dlm gelas utk diberi kepada jemaah lain terutama yang tua2. Selalunya pulang dari masjid atau waktu senggang antara solat (kemudian ke masjid semula) kami akan bawa anak2 makan dan minum, samada ice blended atau aiskrim. di sana juga ada starbucks, baskin robbin, pizza hut. kadang2 balik juga ke hotel. bergantung kepada selera anak2. kami tidak begitu strict in terms of mesti makan di hotel. Kadang2 kami akan beli makanan burung dari penjual di tepi jalan dan anak2 akan bergembira memberi burung makan... kami berpendapat yang kami perlu memberi sedikit kelonggaran dan masa utk anak2 bergembira instead of memaksa mereka bersolat shj. nawaitu kami tidak mahu anak2 melihat ibadat dan Islam itu susah. Dan ibadat itu tidak terbatas kepada bersolat dan mengaji sahaja.

selain dari itu, dari semasa ke semasa kami cuba tunjuk kan pada anak2 tentang realiti kehidupan, tentang bagaimana kita perlu bersyukur di atas segala yang Allah SWT berikan. ada satu masa ketika kami sedang tawaf, ada seorang lelaki berkulit hitam yang mempunyai anggota badan sehingga ke pinggang sahaja (tidak berkaki) duduk di atas sekeping papan beroda ala2 skateboard sedang melakukan tawaf dan menggerakkan papan tersebut menggunakan kedua tangan, syahmi terkejut masa tu. Jadi selesai tawaf kami explain pada dia tentang kegigihan lelaki itu utk beribadat walaupun cacat anggota, maka kita yang sempurna anggota ni perlu ambil perkara ini sebagai pengajaran. ada satu lg pengalaman di Madinah, kelihatan seorang lelaki duduk di Wheelchair yang kelihatan susah tetapi keluarga lelaki ini menolak sedekah dari kami, pada pendapat saya keluarga lelaki ini pasti tidak mahu mengharapkan belas ihsan. kami beritahu syahmi, dalam hidup ini, tangan yang meberi adalah lebih baik dari yang menerima jadi mungkin itu prnsip lelaki tersebut.
Oleh kerana cuaca panas (melebihi 50 degrees), kami dah siap2 bawakan anak2 sunglasses. supaya mereka tidak mengeluh silau atau panas. buku kecil, pensil warna sentiasa ada dlm bag. anak2 diberikan beg kecil sorang 1. dlm handbag juga saya sentiasa bawa sedikit kudap kudapan dan air kotak. Hafiz juga ada kawan baru di sana.

All in all, perjalanan kami baik baik sahaja, Alhamdulillah ianya dgn izin yang Maha Berkuasa. Doa kami seperti tahun yang lalu, mohon untuk jadi tetamu Dia lagi di masa masa akan datang :)

Note : Ini cuma catatan pengalaman saya dan suami untuk kenang kenangan di masa akan dtg dan untuk berkongsi dgn yang lain yang mungkin teringin nak bawa anak ke sana juga. saya yakin ramai lagi di luar sana yang mempunyai pengalaman lebih hebat. as salam :)

No comments: