Friday, July 06, 2012

Geng Pengembaraan - Umrah 2012 Part 1

Alhamdulillah...Alhamdulillah... Alhamdulillah... tak tau nak cakap macamana, tak tau nak gambar kan bagaimana perasaan bila dijemput untuk lagi ke rumah Nya...dan kali ni pasti lebih bermakna....sebab parents poek ikut sekali, mak ila ikut sekali, anak2 kami ikut sekali dan Aunt Non (aunt poek) ikut sekali. Make it 8 of us... 

Memang tak sangka yang tahun ni dapat jemputan lagi...memang dari last year dah niat, kalau ada rezeki nak bawa anak anak pulak. Tapi masa tu poek ckp biar la dulu, tunggu dah pandai solat dan mengaji. sebab kalau ikut pengalaman yang lepas, kadang2 anak2 kecil ni mengganggu jemaah terutama bila nak solat sebab bising sikit. jadi kami risau tentang tu. tapi tak sangka pulak impian nak bawa anak tu jadi kenyataan dengan sgt cepat. 

Walaupun seronok, tapi hati tetap takut dan risau..terutamanya bila pergi dlm large group macam ni di mana except poek, ila n mak ila, the rest semua first timer mengerjakan umrah... dalam hati dah tau mesti ada dugaan tp tawakkal je pada Dia, sebab Dia yang menjemput jadi aturanNya pasti baik...
 Kami bertolak dari KLIA menaiki pesawat MAS, sampai di Jeddah urusan semua berjalan lancar. Alhamdulillah... terus bergerak ke Madinah, 6 jam perjalanan menaiki bas, sampai di Madinah dah hampir subuh. Alhamdulillah anak2 cooperative walaupun penat perjalanan naik flight dan bas ambil masa yang lama. Lepas solat subuh di Masjid Nabawi dan breakfast di hotel, pihak Andalusia dah atur kan acara melawat sekitar Masjid Nabawi dan ke Raudhah. Bagi jemaah perempuan, untuk ke Raudhah ni ada masa2 tertentu yang telah ditetapkan, di sebabkan kawasan Raudhah ni kecil, jadi pihak Masjid buat sistem giliran supaya tak jadi kejadian berebut2... sesiapa yang pernah pergi pasti dapat bayangkan keadaan solat di Raudhah macamana. Sebelum masuk ke Raudhah, Ustazah advice kami buat solat hajat untuk memudahkan kita masuk ke Raudhah dan dapat peluang solat dan berdoa di Raudhah.
Naik MAS ni banyak kemudahan, walaupun perjalanannya lama, tapi Alhamdulillah anak2 tak cranky mungkin disebabkan bila tak tidur boleh nengok cartoon. Masa ni Hafiz tengah leka nengok Cars2 while Syahmi pulak tengah main lego askar baru beli kat KLIA. ishhh belum pergi dah kena cukai :p

Alhamdulillah ila dan mak ila dpt solat dan berdoa sepuas-puasnya di Raudhah. First time dapat solat selesa walaupun jemaah lain bertolak tolakan... Balik dari masjid, ila sakit kepala, bagitau hubby, badan mcm tak sihat... rupa-rupanya "Dia Datang..." hhuhuhu period datang... sedihnya hanya Allah SWT yang tau... frust sgt2...tp lepas cakap2 dgn poek, dia kata redha la mesti ada hikmah di sebalik nya... ila ambil masa bertenang dan fikir balik, mungkin Allah SWT nak bagi peluang Poek concentrate pada parents dan makcik dia yang 1st time mengerjakan umrah dulu agaknya.... sbb anak2 kami semua lelaki jd kalau pergi solat anak2 ikut poek. Ayah pulak buta warna jadi ada kesulitan sikit utk familiarize dgn tempat baru.... nak sedap kan hati sendiri, ila ckp kat diri sendiri, takpe la jaga anak pun kira berbakti juga pada suami... jadi the 5 days di Madinah dan Mekah tu memang ila habiskan masa dgn jaga anak, zikir, basuh baju dan jalan2 je. Ujian pertama untuk ila, mungkin ia penghapus dosa, mungkin ia sebagai ingatan kepada diri sendiri, mungkin sebagai hukuman dan pelbagai kemungkinan lagi...tp I CHOSE to believe yang Allah mengaturkannya agar keadaan menjadi selesa untuk keluarga kami.
ni di perkarangan Masjid Nabawi. disebabkan ila tak dapat masuk ke Masjid kerana uzur,  ila dan hafiz akan duduk diperkarangan Masjid, sambil sambil menikmati keindahan Masjid Nabawi, sambil2 perhatikan keadaan jemaah lain untuk menginsafi diri sendiri, sambil sambil minum coffee dan hafiz minum caramel frappucino. Di Madinah ni, di perkarangan masjid nya pun meriah, ramai je org lepak2 sambil berzikir, mengaji Al-Quran dan solat. 

                                       




ni Syahmi dan daddy dalam Masjid Nabawi. kalau di sini, jemaah perempuan dinasihatkan untuk tak bawa handphone yang ada kamera, dikhuatiri akan dirampas tp tak tau la kenapa di bahagian lelaki tak begitu strict.
Dugaan seterusnya, dugaan perasaan... sedih sangat sangat sebab tak dapat buat umrah pertama dengan keluarga, must be very meaningful sbb first time untuk Mak, Ayah n Aunt Non also kids. Ila and poek decided Poek cuma niatkan untuk Syahmi sahaja dulu, Hafiz nanti buat bila ila dah suci. takpela, pujuk hati sendiri lagi, bagitau diri, senang sikit suami nak membantu parents dia, kalau ila suci sure Hafiz pun akan buat sekali, kalau ila and Hafiz ada sekali pasti poek tak sempat nak bantu parents dia.... Dok pujuk hati sendiri lagi, Hanya Allah yang tau hikmah atau musibah ni untuk ila... Again, I chose to believe, ini adalah hikmah untuk semua...

Alhamdulillah, selalunya period ila lama dalam 7 hingga 8 hari, masa ni hanya 4 hari...Alhamdulillah.... maknanya sebaik jemaah lain habis umrah pertama, ila dah suci dan boleh join mereka untuk umrah kedua. Syukur sangat sangat...
Ni sebaik je tamat saei. Gembiranya hanya Allah SWT yang tau.
di hadapan Kaabah... panas tapi anak2 ni baik dan tak merengek...
Alhamdulillah, pada fikiran ila pasti lebih mencabar untuk lakukan tawaf dan saei sambil tolak wheelchair yg digunakan untuk anak2. tapi sememangnya hanya Allah je yang tau apa sebabnya, tawaf dan saei itu amat mudah compare dgn masa kami buat tanpa anak2 dulu. kami tumpang rezeki anak2 ni merasai pengalaman mudah, kurang penat, kaki tak sakit melakukan ibadat ni... Alhamdulillah... patut la ada orang cakap pada kami sebelum bertolak dulu, anak2 ni suci takde dosa, Allah SWT akan 'jaga' mereka .:)

di Ladang Kurma, sempat beli sedikit kurma

ni kat ladang kurma juga, ada air teh free...sedap teh ni, tak manis and ada rasa herbs.
Di Jabal Rahmah... Berdoa semoga ikatan perkahwinan kami kekal abadi.. berdoa semoga anak2 juga mendapat jodoh yang baik nanti...
Di Ladang Unta...
Di Jabal Nur...


aktiviti anak2 sebelum ke masjid, bagi burung makan... seronok betul...
Di Jabal Uhud... i love this pic :)
 Maaf tak sempat nak tulis detail tentang trip Geng Pengembaraan, InsyaAllah ada masa nanti ila tulis tentang tips bawa anak2 mengerjakan umrah...

7 comments:

Miss Moon said...

Ila pasti Allah telah rencana kan yg terbaik utk kita semer . Alhamdulillah kan sebab peyed 4 hari je . Nasib jugak masa tew Ila peyed ley jaga anak anak so that org lain ley buat ibadat n apa yg u buat itu jugak adalah satu ibadat .

Suka sangat baca n i dont know why mata ai berkaca je baca experience u nih terasa indah sangat .........

Love u Ila .........hugs

Filla ~ Kasihs said...

syahdu pulak hati aku baca semua ayat ko ni ila.. betul tu.. Allah lebih tau apa yang terbaik.. semoga rezeki aku kesana pulak akan tercapai..

Azie Rad said...

Bestnyer baca pengalaman ila di sana...x sabar nk tunggu part 2...:)

Mummy Iswatie said...

alhamdulillah rezeki ila dpt jemputan ke sana......doakan kami semua akan ada rezeki utk kesana pula

Yuyun said...

bestnya kan pengalaman di sana.. teringin sgt nk pergi.. doa2kan lah yer.. hehehe
saya org baru dlm dunia bloging..
plzz support n follow me there.. tq
http://rayyanrizqie.blogspot.com/

happy2gether said...

Ila...kita pon rasa tersentuh baca entry Ila kalini...mmg bertuah sangat dapat ke sana lagi dan bersama sekeluarga, kalau tinggal anak-anak hati pasti merindu...betul ckp awak, setiap yang berlaku Allah swt dah tentukan yang terbaik utk hambanya...doakan kami kesana pula yer Ila...take care. Miss you so much.

*Mama's Place* said...

Salam Ramadhan Ila. Semoga Ila dan keluarga sehat wal'afiat hendaknya. Dah lama sangat Kak Nora tak singgah blog ni.. rindu rasanya.

Selamat berbuka nanti yer.

Salam sayang,
Kak Nora (Spore)
Sweetlydora.blogspot.com