Monday, August 08, 2011

The best ever trip - Umrah 2011


tak tau nak start macamana...macam macam pengalaman berharga... yang penting Allah SWT permudahkan urusan kami di sana, memberi kesihatan yang baik untuk kami menyempurnakan ibadat kami. Alhamdulillah sepanjang di Madinah dan Makkah, memang urusan kami banyak dipermudahkan...


sebelum pergi sebenarnya memang ila n hubby risau sangat. perasaan yang bercampur baur....risau sbb walaupun ini kali ke2 ila pergi tp dulu parents yang buat semua arrangement dan pemergian kali ni memang atas kehendak sendiri, takut jugak - takut bila ingat dosa2 kami yang dah banyak ni and takut bila fikir adakah Allah dah terima solat taubat kami sebagai preparation nak ke sana... rasa happy jugak sbb dapat undangan untuk jadi tetamu Allah... rasa sedih jugak sbb nak tinggal kan anak2.... all in all memang pelbagai perasaan yang bercampur baur...


pesan Uncle Sham & Aunt Wan sebelum ke sana, buat lah apa shj kat sana dgn ikhlas dan jangan berlumba2 dgn org lain... banyak kan membantu org sbb kemanisan membantu org dan memberi sedekah tu memang susah nak digambarkan bagaimana...ila n poek memang akui perkara ni... sungguh bahagia rasanya, nikmat yang tak terkata...


Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan urusan kami... dan bahagia sangat2 rasanya... tak pernah alami perasaan seperti itu sebelum ni. by the way ila ambil package yang duduk 4 org sebilik atas nasihat mak supaya ila bergaul dgn jemaah lain, sesampai je di Madinah kami terus nengok list nama untuk tau nombor bilik. terkejut betul ila nengok bila nama ila telah dislash dari senarai nama bilik X dan nama ila telah digantikan dgn nama lain. sedihnya hanya Allah SWT yang tahu...ila tanya poek "apa salah saya? saya tak sempat berkenalan dgn sesiapa tp saya telah ditolak keluar dari roommate ini?" tp Allah SWT ada percaturan yang lebih baik, ila dapat roommate lain yang baik dan walaupun ila byr pakej utk bilik berempat, ila dapat duduk bilik berdua, di mana bilik kami sgt selesa dan besar. Alhamdulillah...husband roommate ila adalah roommate poek.


Walaupun ila dan hubby dah byk kali dan tempat travel bersama, tp ini la kali pertama rasa kenangan sebegini... The best trip ever, the best moment together...



Ramai yang cakap many things can happen kat sana... yang penting ialah nawaitu... ada seorang makcik tu cakap, apa yg kita dapat (pengalaman dan nasib) kita di tanah suci ni adalah disebabkan Who are We? apakah nawaitu kita? ila and poek dari awal memang tak de letak sebarang expectation, berapa kali nak buat umrah, berapa kali nak buat tawaf sunat. ada org cakap 7 kali umrah bersamaan dengan 1 haji, tapi kalau ikut Islam takde pun konsep macam tu. so kami just buat the best di dalam kemampuan kami. kami berdua kerap ditanya berapa kali tawaf sunat dah kami buat, berapa kali umrah dah kami kerjakan... kadang2 pertanyaan ditanya dgn suara yg kuat seolah2 mcm nak mengaibkan kami yang memang ketara kalau nak ikut KPI memang dlm tahap performance yang teruk la, at first ila rasa sedih jugak tp bila ingat balik pesan Uncle Sham, pesan mak ila, pesan Ochid... kami tetapkan nawaitu kami... Nawaitu kami buat la mengikut kemampuan kami sendiri dan biarlah istiqamah...biarlah konsisten... mak cakap tak guna kita berlumba2 untuk kejar berapa byk tawaf sunat dah kita buat kalau lepas tu kita mendabik dada kerana hanya Allah SWT je yang tau keikhlasan kita itu dan apakah ganjaran yg kita dpt.


ada 1 incident tu, masa tgh azan maghrib, tetiba ada suara berbunyi kuat...bunyi kuat tp bukan bunyi histeria dari seseorang. kebetulan ila ada kat situ ms tu...seram betul bunyi nya... tak tau apa punca nya, kenapa si dia itu mengeluarkan bunyi setiap kali bergema "Allah Akbar"... Astaghfirullah... hanya Allah SWT je yang tau apa sebab kejadian itu..yang pasti kita jadi kan iktibar untuk tidak menafikan kewujudan Allah SWT.


satu iktibar yang ila ingat ialah....mulut dan hati kita kena la dijaga supaya tidak berkata2 sesuatu yang tak elok... ini experience ila sendiri ye... kebetulan masa kami pergi tu cuaca sangat panas dan org pun sgt ramai. di masjid nampak ramai betul yang tidur sementara menunggu masuk waktu solat. ada satu hari masa ila sedang menuju ke tempat nak solat nampak sekumpulan wanita2 yang dok tidur di tengah2 ruang masjid...dlm hati ila berdetik "kenapa la diorg ni tidur bergelimpangan kat tengah2 ni? tak boleh ke tidur tepi sikit"... Allah memang tunjuk kan kuasa Dia, lepas aje solat maghrib, mata ila langsung tak boleh buka, mengantuk sangat2, terus tertidur di tempat yang ila solat, maknanya dlm saf la... tak peduli yang jemaah kiri kanan sedang solat sunat atau solat jenazah... ila hanya tersedar dari tidur selepas azan Isyak berkumandang... Astaghfirullahalazim...Malu nya diri ni pada Allah SWT... siapa la saya nak menilai sekumpulan perempuan yang tidur tadi...


ada 1 masa lagi tu, masa ila nak ke Hijir Ismail... selesai solat sunat, i berdoa dalam hati "Ya Allah, aku nak ke Hijir Ismail. Permudahkan lah aku sampai ke Hijir Ismail". Alhamdulillah memang mudah betul ila sampai ke Hijir Ismail. tp sangat sedih...sebab ila cuma sampai sahaja, tak boleh nak masuk sebab nya masa tu jugak kawasan Hijir Ismail ditutup utk kerja kerja pembersihan... masa tu ila cakap dgn hubby, apa salah saya ye saya tak dpt masuk ke Hijir Ismail...tp bila renung balik, memang la kan, ila cuma minta untuk dipermudahkan sampai ke Hijir Ismail, ila tak mohon bantuan Allah untuk beri peluang ila bersolat dan berdoa di sana. lepas dari tu, ila jadi lebih specific. dan Alhamdulillah memang Allah SWT permudahkan nya... A lesson for me, Allah itu maha memberi... Dia akan beri sekiranya kita minta dengan sepenuh hati dan ikhlas, so jangan la kita minta secara main2 atau tak ikhlas.


ada lg 1 miracle happened to me. kebetulan masa kami di sana Fishie dan Pojee pun berada di Mekah, jadi Fishie ada sms ila cakap kalau sempat nak berjumpa. so kami tetap kan masa dan waktu nak berjumpa. janji nak berjumpa pada hari Rabu pukul 10 pagi di Zam Zam Tower. nak dijadikan cerita, masa ari selasa selepas asar ila n hubby buat Tawaf Sunat, selepas tawaf sunat kami solat di belakang Makam Ibrahim. masa tu cuaca panas tapi org punya la ramai tak tau nak cakap macamana. sedang kami berjalan nak masuk ke masjid balik, ila lalu depan seorang perempuan yang sedang baca Yassin, Ya Allah... Dia temukan ila dan fishie right in front of Kaabah. syahdu nya rasa...sebak betul... tanpa sms, tanpa call... walaupun pada asalnya janji nak jumpa keesokan hari nya, Allah pertemukan kami sehari lebih awal, temukan kami di tempat yang lebih mulia berbanding Food Court (heheheh tempat janji nak jumpa besok nya tp besok still jumpa di food court makan nasi beriani yang sedap). memang sebak sgt, dlm keadaan beribu2 jemaah dikeliling, Allah SWT tunjuk kan kuasaNya... puas kami berpelukan dan update each other...lepas tu kami berpisah dan janji besok untuk jumpa lagi...

ada sekali tu kami nak buat tawaf sunat, ramai nya orang macam lautan manusia... janji dgn Fishie nak jumpa pukul 10 pagi, tp pukul 9 pagi baru sampai masjid. ila n poek sama2 berdoa "Ya Allah, kami nak mengerjakan tawaf sunat, permudah kan la kami Ya allah, jangan la lewat kan kami dari janji kami dengan sahabat kami Ya Allah". masa tu kalau ikut pengalaman kami, bila buat tawaf sunat dlm keadaan sgt ramai org, boleh ambil masa 1 jam... tp kami tawakkal je sbb kami fikir kalau kami terlambat pasti Fishie n Pojee faham... so kami pun mula kan tawaf sunat. pada asal nya nampak sgt ramai org tp bila dah mula kan tawaf Alhamdulillah lancar betul perjalanannya... cepat betul... lepas 2 pusingan dan dah nak sampai ke Rukun Yamani (yang bertentangan dengan Zam Zam Tower - ada jam besar), ila dongak and nampak jarum jam pukul 9pagi... dlm hati ila ckp "Ya Allah kuasa Mu besar betul... tadi sebelum mula tawaf ila pandang jam tu memang dah pukul 9am, sekarang masih pukul 9am?" takpe la bersyukur je la kan... selesai 7 pusingan, kami nengok baru pukul 9.15am. ila cakap dengan poek, Allah SWT memang maha mendengar kan, Dia dengar kita minta bantuan dia utk permudahkan perjalanan tawaf dan elakkan kita dari mungkir janji. SubhanaAllah...




sepanjang di Madinah dan Makkah jugak, Alhamdulillah setiap kali ila n poek ke masjid walaupun berseorangan (iye la bila dah berpecah dgn poek, ila ke bahagian perempuan) kami selalu dikelilingi kawan2 baru yang baik2... kawan2 yang jumpa di masjid, di mana kita dpt bertukar2 pendapat dan belajar benda baru... hubby jumpa seorang pakcik ni yang dah berumur 70 tahun, dia bagitau sejak dari umur 31thn, dia cuba untuk dtg ke Makkah setiap tahun atau paling kurang 2 tahun sekali... bila poek tanya dah berapa kali total dia dtg, dia cuma jawab "lebih sekali". pesan pakcik ni, kalau dlm hati ada rasa nak ke Mekah atau mengerjakan umrah, ikut la gerak hati itu...jangan fikir tentang duit...insyaAllah akan ada rezeki utk kebaikan itu. pakcik tu cakap setiap kali dia pergi kata la dia abis kan duit dlm 10k, bila dia balik umrah nanti ada je jalan untuk dpt duit 20k...bukan la Allah turun kan duit tu dari langit, tp Allah bagi jalan untuk dapat duit tu...ini contoh yg pakcik tu bagi la. poek cerita pada ila masa otw keluar dari masjid , dan Alhamdulillah dlm perjalanan pulang ke hotel, ila dpt jumpa pakcik tu dgn wife nya. Ila ckp dlm hati "seronoknya pakcik dan makcik tu sebab kerap dapat jadi tetamu Allah". lagi 1 pesan pakcik tu, masa Tawaf Wida', niat kan dlm hati minta Allah jemput kita lagi ke rumah nya... ila nak cakap byk tentang ni pun rasanya tak patut, sbb ila pun bukan la dpt undangan sehebat pakcik tadi tu tp tak salah kita bercita2 macam tu kan.

ada sekali solat maghrib, ila solat sebelah makcik yang dah jadi rakyat Saudi, dah lebih 30thn tinggal di Mekah. Aruah suami dia berbangsa melayu tetapi lahir di Mekah. hingga hari ni, kami masih berbalas2 sms, mudah mudahan dpt la kita jumpa lagi ye makcik halimah.


lagi 1 pengalaman berpuasa disana, tak dpt nak digambarkan macamana... buka puasa hanyalah kurma dan air zam2. semua jemaah berlumba2 nak sedekah kan minuman panas mcm teh dan kurma. rezeki berbuka di masjid melimpah ruah... lepas berbuka ala kadar kami bersolat maghrib... ila n poek pulak masa 1st day puasa tu lepas je solat maghrib nak pergi toilet, poek cakap kita makan kat Zam Zam Tower la lepas tu terus berwudhuk. ila pun ok je, iye la besok nya dah nak balik ke msia, so dapat la makan nasi beriani yg best tu lagi...so lepas makan beriani kami rush utk bersihkan diri dan berwudhuk di toilet, lepas tu baru perasan yg semua kedai dah hampir tutup, semua sedang bersedia nak solat isyak... atas kelalaian ila n poek, kami tak sempat nak masuk ke masjid balik. ila bersolat betul2 di hadapan Zam Zam Tower. solat Isyak berjemaah dan solat terawikh. Walaupun tak dpt mausk ke masjid tp memang itu antara kenangan terindah, mana ada di dunia ni, bila solat Isyak dan terawikh, byk saf di atas jln raya dan di shopping complex, Ya Allah hanya Dia yang tau perasaan indah itu... betul2 menghadap ke Masjidil Haram, berimamkan Imam Masjidil Haram, Alhamdulillah dapat solat berjemaah juga. Sayu nya perasaan hanya Dia yang tahu...



banyak lagi pengalaman2 lain yang menunjukkan kuasa Allah... Alhamdulillah kebanyakannya adalah kenangan manis yang tak mungkin dpt ila lupakan... doa ila, moga Allah jemput kami ke sana lagi. by the way, apa yang ila tulis kat sini bukan tujuan utk menunjuk2 atau mengaibkan sesiapa ye, ini cuma untuk kenangan kami terutamanya untuk syahmi dan hafiz...dan buat peringatan kepada ila dan poek di masa akan datang.

23 comments:

eyzzah said...

Saya baca ni pun bergenang2 air mata saya ni. Bile lah agak nye ye boleh jadi tetamu allah cam kak ila.

Miss Moon said...

wah saya baca pun terus rasa ketenangan ...thanks Ila fr sharing this with us ...

miss u so much

nazura.fishie.yan.sili.mummy said...

Ila,

What a great post :) Apa yang kita lalui di sana adalah kuasa Allah. I'm so happy dapat jumpa Ila & Poek kongsi2 pengalaman kita yg tak seberapa nih. Tapi utk kita Masyallah, tak terkata nikmatnya.

Azie Rad said...

sebak nye baca cerita indah ila & poek di tanah suci...Harap suatu hari nnt kita semua akan jd tetamu allah ke sana ...lepas ni hafiz ngan syahmi boleh pergi sekali...Insya Allah :)

Lenny said...

sayunyer aku baca nie ila.. bergenang air mata... syukur ila. ko dah pon jd tetamu Allah.. insya Allah.. satu hari nnti aku pon nak juga jadi tetamu ALlah....

semoga Allah memurahkan lagi rezeki kita semua... aminnn...ya rabbal alamin...

Filla ~ Kasihs said...

ila, aku sebak lah.. macam terpanggil-panggil plak.. doakan aku yeh? aku pon teringin sangat nak rasa nikmat tunaikan umrah tu...hmm.. ila, rindu lah kat kau.. jom kita jumpa? potluck umah moon.. kan moon kan? hehe

Rozailin-Rahman said...

semoga satu hari saya dapat sampai di sana..

happy2gether said...

Ila..rasa sebak baca post awak kalini...tapi kami tumpang gembira sbb awak dah menjejakkan kaki ke tanah suci...thanks sbb sudi berkongsi pengalaman dgn kami disini, doakan kami pula yer utk merasa satu hari nanti...insyallah...

Along said...

Seronoknya baca pengalaman Ila dan Poek ke Tanah Suci. Bila agaknya Along ngan Rashid nak pi plak? Terasa ingin benar menjadi tetamu Allah. Dipanjangkan doa kita semua dapat pergi, walaupun sekali pun jadila.

hOtMaMa said...

serius sebak plak lela baca.. bertuahnya ila dpt kesana.. harap2 lela & family pun dpt jejak kan kaki satu hr nanti..

ila de cute said...

eyzzah, banyak lagi sebenarnya things happened to us masa pergi umrah. yang buka kan hati kami to many more things. akak doa kan eyzzah pun akan dpt ke sana ye.

ila de cute said...

moon, memang moon rasa tenang sgt kat sana... boleh la ila share sikit sikit kat u all kan...miss u too moon.

ila de cute said...

fishie, Alhamdulillah..betul sgt fishie ckp, pengalaman kita tu sikit2 je tp bagi kita dah besar sgt rasanya...agaknya ila ni dulu mata hati tak terbuka, tak nengok keadaan sekeliling...

ila de cute said...

azie n lenny, insyaAllah doa banyak2 pada Allah mintak dia jemput kita ke rumah nya... to be honest, the satisfaction is different compared to traveling to other places.

ila de cute said...

Filla, kalau ada peluang and kalau hati ko dah terpanggil2 nak ke sana, pergi la... mcm aku n poek, bila kami mula start rasa nak pergi which is setahun lepas, lepas tu hati kami dah start tak tenang... asyik terasa nak pergi... lepas dah pergi baru le rasa tenang mcm biasa...

btw, aku pun rindu kat ko...jom buka puasa pot luck kat umah moon... ni moon diam je... cemana?

ila de cute said...

Olin, InsyaAllah...

ila de cute said...

mai, memang sebak dan sedih bila ingat balik semua perkara kat sana..ada byk lagi incident happened yang buat ila n poek lagi mengagumi kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. before this ila ngaku, memang belaja kat sekolah sifat 20 Allah yang Maha Mendengar, Mengetahui etc tp pengalaman di sana baru baru ni sebenarnya yang buat ila betul2 percaya dan rasa jahilnya kami sebelum ni. buat ila n poek rasa betapa kami sentiasa lupakan Dia dan selalu buat dosa, sedangkan Dia memang Maha Pengampun, kami yang byk melakukan dosa ni diberi layanan sangat baik di rumahNya...

ada rezeki nanti awak pergi la... InsyaAllah...

ila de cute said...

Along, takpe nanti Along dah abis study boleh la pergi...heheh terus gi Haji kot..ila n poek ni bila la pulak nak gi Haji, doa kan ye kami dpt pergi Haji masa muda ni...hehehhe

ila de cute said...

Hotmama, InsyaAllah ada rezeki sure Lela ke sana nanti... seronok tau...

Little White Rose said...

Sy ni br berhijrah. Niat nk pegi umrah sgt2, bile bc catatn Ila ni rase sayunye hati, rase melonjak2 tak sbr nk pegi sana. Thanks Ila, dpt gak tips dr sini. Mntk2 dimurahkan rezeki & diberi kesempatan menjadi tetamu Allah.

ila de cute said...

little white rose, pergi la, seronok tak terkata... ila pun x sangka dpt experience mcm tu, sebelum pergi tu cuma fikir "ala pergi ziarah je ni...bukan pergi haji". tapi dah sampai sana rasa sayu dan sebak tu lain...tak mcm pergi solat yg biasa...

Arena said...

Thanks for sharing this. Totally humbling. Tengah usahakan untuk pergi.

MamaAiman said...

tak terkata baca entry ni. saya sgt2 suka!rasa macam taksabar2 pulak nak ke sana.semoga kehidupan ila sekeluarga semakin dirahmati. tenang hati baca.