Tuesday, October 13, 2009

Raya 2009 dari kaca mata Syahmi

Kami semua raya di KL dulu, kat umha mak tok...kali ni lebih meriah sbb Pak Andak, Mak cik and Mak Chu ada sama, Tok Pa masuk hospital kat APSH, Tok Ma n Mak Teh jaga Tok Pa kat hospital..so pagi raya kami semua raya di KL dulu... raya di rumah lepas tu ke hospital untuk visit Tok Pa...


Tahun ni raya Mak Tok masak ketupat, sambal manis, lodeh, kuah kacang dan rendang. Uncle Airil yang anyam ketupat. Daddy, maktok n makchu masuk kan beras dlm ketupat, mummy pulak ms malam raya jatuh sakit , mata bengkak macam mata katak sbb allergic makan ubat actifast... tu sbb ms raya pertama mata mummy yang chumel agak kurang chumel...



Tahun ni jugak kami sekeluarga tak ada baju raya sebab nya mummy terlupa nak tempah baju raya kami awal2, tetiba dha bulan puasa so tak sempat le nak htr tempah... mummy belikan syahmi baju raya kat Jln TAR, mak tok le yg bagi duit suruh mummy beli..tp masa pergi beli mummy n daddy sgt bijak jadi derang try kan baju aje kat syahmi tapi tak try seluar, bila balik umah seluar tu sgt sempit... takkan syahmi nak pki baju lain seluar lain pulakkan mcm sultan johor, maka mummy simpan aje baju tu, kot kot la adik hafiz nanti bila besar akan slim dan boleh le pakai baju tu..

Nengok gambar kat bawah ni, mak tok ckp syahmi segak mcm tengku mahkota bile pakai baju melayu mcm ni...



Mummy ckp walaupun tak ada baju raya tp thn ni kan mummy dah buat kan syahmi 3 pasang baju melayu masa aunt ngah kawin ari tu...ok syahmi tak kisah...hopefully thn depan mummy ingat la nak tempah baju kami ni awal2 ye...

Adik hafiz pulak mummy belikan 2 pasang baju melayu...mummy beli kat Jalan TAR, masa kerja mummy and Aunt Sity pergi Jalan TAR untuk cari baju Adik hafiz and baby Widya..nasib baik boss mummy baik bagi mummy pergi shopping waktu kerja, kalau tidak adik hafiz kena la pki jubah potong jambul dia aje ms raya...


Ni gambar kat hospital...


Raya pertama kami tak sempat pergi kubur abang Ifwat dan Mak Tok Mummy... so raya kedua kami pergi ke kubur pagi2 lagi... Kali ni mummy and daddy bawa Syahmi and adik Hafiz sama...Syahmi suka pergi kubur, daddy ajar syahmi baca Al-Fatihah untuk disedekahkan...


Raya Kedua tengahari, kami balik kampung daddy kat Pahang pulak... Mak Tok pun ikut sekali... Teh nak bertunang raya ke 3....

Tahun ni kami takde gambar proper di kampung sebab semua org busy jadi tak sempat nak bergambar raya betul2 kat kampung...




All in all, syahmi seronok raya kali ni and ada banyak sejarah sbb:-

1) first time pagi raya beraya di hospital

2) first time syahmi pandai pegang bunga api sendiri

3) first time kami sekeluarga tak ada baju raya

4) first time daddy buat kad raya untuk kami sekeluarga tanpa letak gambar mummy n daddy

5) first time beraya dengan adik hafiz

6) first time kami tak de gambar raya dengan keluarga belah daddy kat pahang

7) first time syahmi follow mummy and daddy pergi ziarah kubur abang ifwat

8) first time syahmi pergi sembahyang raya dia masjid ikut daddy n pak andak

Raya sebulan kan, so di sini Syahmi bagi pihak mummy, daddy, n adik hafiz n mak tok nak mintak maaf banyak2 kepada semua ...

Salam Aidilfitri dari,

Syahmi

No comments: