Saturday, September 05, 2009

Syahmi - Allergy Test

Semalam mummy bawak syahmi pergi buat allergy test kat ampang puteri. daddy tak dpt join sbb daddy ada meeting so mummy je pergi sorang2 bawak Syahmi.

Kenapa syahmi kena buat allergy test? sbb syahmi kerap sangat selsema, tak demam pun selsema, sejuk pun selsema, panas pun selsema, Paed Syahmi dah tak dapat detect dah kenapa Syahmi kerap sgt selsema and mummy pun tak dpt detect syahmi is allergic to what. So last week masa bawak Baby Hafiz fi bual follow up check lepas dia highfever ari tu, mummy tanya la Paed tu cemana dgn Syahmi, so Dr Lim suggest utk buat allergy test kat Syahmi so mummy terus le buat appointment.



So semalam, mummy pinjam kereta Aunta Nana syahmi gi APSH, syahmi memula happy je sbb dia memang suka Dr Lim ni tapi selepas tu dia nak suh security guard tangkap dr lim.

Ni Syahmi masa lepas kena cucuk tu, dapat 2 je gambar pki hp sbb mummy pun dah tak tentu arah masa syahmi dok nangis and jerit2..

Gambar tangan ni masa immediate dr baru cucuk, so belum bengkak lagi... lepas dha bengkak tu mummy pun tak sempat nak amik gambar... Syahmi dah macam org kena histeria..

Kat tangan dia tu nampak kan ada bekas macam kena mark pakai pen, so semalam syahmi buat test utk 10 jenis allergic antara nya 5 jenis kuman dalam habuk, telur, susu, kucing, kacang and lagi 1 apa ntah..Seafood and chicken seme lum buat lagi. dr kata dia try buat yg paling teruk dulu... so kat bekas yang kena tanda dgn pen tu dr letak le cecair yang mengandungi kuman2tu, lepas tu dr cucuk pki pisau tajam kecik tapi besar sket dari jarum yang amik darah tu. mana tempat yang dicucuk jadi bengkak maknanya Syahmi allergic la dgn bahan tu...

Dari 10 yang dibuat semalam syahmi allergic 6 setengah...yang kritikal ialah kelima2 jenis habuk dan kucing, kacang dia allergic gak tapi tak teruk. Paed ckp kalau syahmi allergic to certain jenis makanan aje takpe sebab kita boleh avoid from giving him the food, tapi sbb dia allergic dgn semua jenis habuk, maka nya ia nya serius la..dr ckp takkan sampai bila2 dia kena bergantung dgn ubat selsema, and sampai satu tahap kalau byk sgt makan ubat selsema nanti badan dia immune plak and risau takut dia kena jangkitan paru2 plak. Dr ckp sekarang ada satu jenis ubat from France utk cure allergy kronik ni. Tapi harga nya sangat mahal . treatment nya 3 thn, which every morning Syahmi kena letak ubat tu dlm badan dia...sort of mcm letak kuman tu sket2 dlm badan dia supaya antibody badan dia kuat and dia takkan allergic to anything. According to paed jugak 80-90% org yang dapat treatment ni memang cure.

Harga ubat ni ialah RM15K. terkedu mummy masa dengar dr ckp mcm tu. Tp Insyallah kami akan usaha kan juga. Kalau TM cover alhamdulillah tp kalau tak nampak nya kena la mummy cari jalan lain. Mummy and daddy will try to do anything kalau memang ada cara untuk cure kan allergic syahmi ni. kesian nengok syahmi bila sentiasa selsema, kat schichida kalau budak selsema tak leh dtg school, nanti dah sekolah rendah cemana plak kan..

So kengkawan sapa yang ada experience ni share la ye... Thanks...

4 comments:

shiemz said...

Ala...siannyer tgk muka.. sakit ke? MCm tu gak la ngan shiem, sanggup berhabis utk anak. Janji derang sihat...

Along said...

Oh my...sian Syahmi. Teruk gak camni yer, memang we as parents very concern kalau anak sakit sket pun nak pi specialist semua. But part habuk tu, selalunya genetic...like my family ada eczema, alhamdulillah sib baik my girls takde dpt. Cubala tanya PMCare whether the treatment is covered..hopefully covered la...

azdra-azdra said...

mmg kesian kan..

aku ada experience ngan izzah.. dia eczema and allergics.. maybe sbb dia dpt dari both from me n kie kut.

izzah pernah buat allergic test tuh.. jadi apa yang aku buat ialah.. tingkatkan immune badan dia.. dalam bg vitamins setiap hari. lebeykan makan makanan yang ada vitamin C.. fruits.. dan sekarang nih yang paling mujarab ialah Jus Tok Guru. So kadar bersin izzah dah turun.. byk beza dari dulu..yang hingus asyik meleleh tuh...

iswatie "colours of life" said...

hani pun selalu bersin.nak kena bwk gak ler ke allergic test.yg tau mmg dia ada eczema.nasib la anak2 skrg high maintenance.