Thursday, September 04, 2008

Update : Maid oh Maid

semalam kami gi umah agent amik maid baru...kali ni nama nya Siti Norfah... org nya ok la...so bawak balik umah, nmpk dia buat kerja ok, dengan syahmi pun baik...so kami pun kiranya dah senang hati and puas hati la...

tetiba... pagi td dia bagitau mintak tolong htr rumah agent balik, so kami tanya la ada masalah ke? sbb rasanya dari semalam dia dtg, takde pun sesapa pernah tinggi kan suara kat dia... last last dia bgtau alasannya ialah rumah kami ada kucing and byk sgt bulu kucing so dia kata dia tak selesa kerja dgn kami... Ya Ampunnnnnnn... tension nya, try le pujuk2 dia tapi dia tak nak gak...sudah nya pg tadi kami hantar le dia ke rumah agent...and agent janji nak ganti kan dgn maid yg baru...

tak tahu la sampai bila lah pennatian kami untuk mendapat maid yang baik ni berakhir...

13 comments:

MoMmy Balqis a.k.a Nury said...

Laaa iya ker ila alkisahnyer.Sian aku tgk ko.Tula nowsday memang susah nak dpt maid yg bagus.Aku pulak terpaksa ambik legal maid...alhamdulilah maid aku even dah tua dia rajin buat keje even duk umah mak aku.Ngan balqis pun dia ok malah balqis yg selalu buli dia hehehe....anyway ko sabar ye ila bukan senang nk dpt maid yg ok.

Mahfuzah Azahari said...

Masyaallah..tak sangka begitu kisahnya..

Anonymous said...

maid org indon ke..kdg diaorg ni menuntut ilmu..kut takleh kena ngan kucing kut...heheh tak menjadi ilmu tuu...sbb setakat kcuing tu small matter nak dijadikan sebab tak nak keje..:)

ila de cute said...

mommy balqis,
tu ler sedih aku nury...hukhukhuk... pening gak...tujuan aku amik maid tu ialah untuk tolong mak aku kat umah, tak sangka plak sampai cam ni...

kak muffy aka mahfuzah azahari,
tu ler...tak sangka sampai cam ni kan...i ni sabar je la...

anonymous,
maid tu memang org indon, masa dtg tu memula nmpk dia ok and excited je nak kerja..tetiba tu dia tak happy bila kami ada kucing... tak sangka plak di sebabkan kucing dia tak nak kerja dgn kami...tapi takkan le kami nak buang kucing tu disebabkan dia... tp betul ke ada ilmu yang tak leh dekat ngan kucing?? confuse gak tu..

shafa said...

Indon ni kadang2 mengada gak...tension kl kena yang mengada2 nie. Ngn kucing pun dia nak berkira. Apasal dia takut sgt dkt bulu kucing tue. Kl dia nak balik indon hadiahkan dia bulu kucing, bungkus elok2 dalam kotak.

Kasih Aleeya said...

hahah..ko ni lawak tul ar..(lawak ker?).. tak gak..maid ko tu aper lahhh dua2 ekor mcm tu...eii geramnyer aku..aku ni kalo jadik majikan arr..mmg habis arrr aku hamok.. bkn aper..byk sgt lak songehnyer.. baru sehari dah mcm2..eii aku gram tul dgr citer ko ni.ko tau ler aku ni jenis cemana kan? kalo ler aku ada rezki pakai maid.. konpem dia goyang kaki..sbb aku asik x puas ati jek kalo org lain buat.. hahahah.. gud luck ila..keep on searching!!!

Fadzila said...

maid ni sebenarnya nasib..ada yg OK..ada yang tak.. kena sabar... good luck ye..

Selamat ber Ramadhan...

Miss Moon said...

ek nyer maid tew . Adui skrg maid pun banyak demand

tak pe ila mana tahu ada hikmah disebalik nya nanti akan dapat yg lagi bagus ..

Lenny said...

tuhla ila.. aku dengar citer ko... berapi je.. mmg camtuh la maid skang.. unless.. ko ada masa nak pegi indon carik sendiri.. sbb kalau ko carik sendiri.. dier cam tatau apa2 lg.. kalau agent.. dier dah sempat borak2 ngan org lain.. so.. ada yg take advantage lah.. compare2 bagai..

sabo la ila... mmg pening.. tapi insya Allah ko akan dapat yg ok...

nazura.fishie.yan.sili.mummy said...

I really understand your situation. Been there, done that. Last skali, aku terus give up. Ntah dah brapa maid dah aku tukar. Macam2 jenis. Just to share with you guys my experience dgn maid ni:

Ada yg tua, mengalahkan mem. Ada ke open house, dia bleh duduk lepak ngan mak aku kat dining table n the guest. Semua guest bersalam laa ngan dia ingatkan sedara kami dari kampung. Yang aku ni kelam kabut kat dapur

Ada yang bagus sorang ni, mmg superb. kami baik hati bagila dia balik kg sbb katanya nak jumpa anak. last2 lansung x dtg sini balik, hilang gitu je...aku siap bagi hadiah kat anak dia tu... this year terjumpa dia kat kl sentral keje jual aksesori.

Ada gak yang minah dangdut. it really freaks me out. pakai baju mcm nak gi clubbing nih. serba ketat dan seksi, siap dgn belt bling bling okk. Bawak anak aku kesana ke mari... suka berjalan jee...mlm2 isap rokok pastu bila tanya dia x semayang ke, dia kata dia kristian. padahal agent dia kata dia islam. pastu dia cite ngan cousin aku dia ni dulu GRO kat bali, layan minum semua. Scary huh...

Ada yg kaki gayutt. masyallah mcm telefonis. duitnya berhabis kat situ je. dah la bergayut, mencuri pulak tu. habis duit meniaga aku dia curik. duit syiling curency overseas lesap. Beribu-ribu. Last2 terkantoi.

ha tulah. last skali my son, ilham aku anta gi nursery. So far, I;m very happy that i ve made that decision. he's been improving. pandai berkawan, suka menulis, membaca but still naughty too. so urusan rumahtangga tu, sendiri mau ingatlah. akakk laa buat semua. but i m happy and satisfide drpd ada maid tapi kita pulak yg jadi maid dia. heheheh

renung-renungkann...selamat beramah...

Anonymous said...

Ila,
sabar jela pasal maid ni. Atie ada ambik gak maid org Indon ni. Setakat ni ok la walaupun ada perkara yg x puas hati. Manusia, kalau kita asyik tegurkan dia buat hal. Pada awalnya problem gak coz dia minta suruh beli handphone (guna gajinya) Atie cakap bila kerja di sini x leh ada hp. Alasannya nak tepon anak, rindu. atie cakaple nanti kami bagi dia call sana. Tak enak cakapnya. Bila tak bagi dia ugut nak balik, suruh call agennya. Atie cakap dlm contract x de camtu. Lagipun agennya dah cakap hp xleh bawa masa nak dtg hari tu.Agen tu kat Klang. Sebenarnya dia dtg sini with sedara dia, maid jiran. Yg tu memang tak bagus. Walaupun agen cakap xleh bawa hp, dia curi-curi bawa gak. So, bila maid Atie tahu dia pun nak juga dia kata hp tu diberi majikannya. Pah tu dia cakap nak balik, ayah dia call anaknya jatuh sungai, koma. Jiran tu call agen gi siap betul ke. Tipu je.Pahtu dia mogok tak mkn x minum x buat kerja, nak balik gak. Last2 jiran hantar naik bas gi Klang kat agennya. Pasportnya x diberi coz janji bila dpt ganti maid baru baru diberi. Alih2 tak jumpaya ngan agen. Terus hilang. Pahtu maid tu ada call sorang maid kpd sedara jiran tu, dia kerja di restoran, kat mana x dibagitau.
Minta2 yg Atie ni ok, biar cukup kontraknya. Kalau tak susah gak, dahle tengah pregnant sekrng ni.
Itule cite maidnya.

Anonymous said...

Yuhuu Mummy Syahmi,

It's me, M@ris@. We used to work together kat TmNet dulu.. remember me? I've been a silent reader for quite a while and have enjoyed your blog..

anyways, am looking for a temp maid, cause my maid balik bercuti for almost 3 months.. so if u dun mind, can you give me your maid agent's number please?

really appreciate your help.. muahs! can you please email me the number to marsheque @ yahoo.com

muah! thank you!

/m@ris@

Anonymous said...

uhu..uhu ni lagi cite pasal maid. kalau difikirkan memng senang otak x de maid, tapi fikir kena kerja, x de org nak jaga anak, terpaksale sabarkan hati. Atie punya maid ni sebenarnya banyak rehat, kekadang Atie sorang kat dapur, dia kat dlm bilik dok belek muka, dengar muzik box, tulis diari. Atie boleh sabar lagi, fikir nak bagi dia rehat sikit padahal kat rumah ni bukannya banyak kerja, rumah teres 1 tgkt. Tapi bila kelmarin, dia buat silap, kena le. Atie dah pesan kat dia masak sup tulang dalm bekas ungu tutp kuning. Jawabnya ya..ya. Bila balik rumah tanya lagi tulang ayam ye bu? saya fikir ibu suruh masak tulang ayam. Atie punya la hot, dah la sampai rumah lewat coz hujan lebat, jln jam, pahtu Atie kena rushing gi hotel ada buka puasa office ye. Memang tinggi suarale, lain kali kalau x ingat apa yg disuruh lain kali tulis. Dah siap masak Atie terus ke hotel, tinggal hubby ngan budak2. Balik rumahdlm 9 lebih, hubby cite maid nangis dlm bilik. Rupanya hubby pun marah dia cox biarkan laman nbersepah, dgn penyiram pokok lintang pukang, jemuran x tersusun. Sebelum gi kerja pagi tu Atie siap pesan kat dia kemas laman. Kenale. Pagi semalam, bangun pagi je dia dah mencangkung depan rumah mengadu kat maid jiran. Apa lagi memang Atie hot, baju kat blik air belum berbasuh, depan x bersapu, Atie panggil masuk rumah. Basuh baju le. Dah siap tu tercegat kat depan lagi. Atie panggil masuk suruh kemas pinggan yg bebudak breakfast. Masuk jap. pahtu keluar lagi. Atie pun suruh anak Atie panggil dia masuk, dikatanya anak Atie setan, tahap sabar kita ada batasnya. Atie panggil dia betul begitu dia mengaku, menjawab lagi, katanya anak Atie jahat, apa lagi tangan ni ringan je nak lempang, nasib baik dia tinggi sikit dari Atie, dpt di tahannya. Apa lagi keluarle kata-kata yg x sepatutnys diucapkan oleh org gaji kpd majikannya. Siap ajak Atie bertumbuk kat depan. Macam2 dikatanya, majikan kedekutle...katanya Atie patut bersyukur sebab dia ada, katanya sebelum dia dtg rumah ni kotor, dia yg bersihkan sebab dia x suka kotor2. Atie cakap yela sebab tu ambil org gaji, kalau x tak perlu bela org gaji. Kononnya x suka kotor tapi kerja pembersihan kalau x disuruh x buatnya. Pelas berlaku insiden tu Atie biarkan dia cool, barulah buat kerja betul2, kalau x nak tengok dia kerja macam tu, sekali je masa mula2 dtg.
sorryle kalau ini luahan perasaan. Atie rasa, yg kes dera pembantu rumah kat media tu bukan salah majikan, tapi yg sebeanrnya org gaji dera majikan mental & emosi, duit dah banyak perabih, hasil x seberapa. Semoga org begitu mendapat pembalasan yg setimpal.