Thursday, June 02, 2005

Dugaan Tuhan untuk kami

Tuhan turun kan ujian dan dugaan dlm mcm2 bentuk... kami pun tak sangka yang ini ujian tuhan untuk kami. kami tak sangka baby yang kami tunggu sgt kelahirannya di ambil Tuhan, dipinjam kan hanya sementara untuk kami menyayanginya...

walaupun dari awal memang dah ada complication, kami berdua very postive thinking... masa baby still dlm kandungan kami dapat tau yang baby ada gastrochisis (usus outside the body), doctor suggested us to remove the baby but we refused so went for amniosystensis (test to know whether the baby has the chromosome abnormality or not)... Alhamdullilah, Allah answer our pray, baby tak ada masalah chromosome maknanya tak ada masalah genetik... We dont' know why but dr said 'It is just happen, and can happen to anybody'... Kami berdoa setiap hari supaya baby kami sihat dan lahir dengan cukup sifat, discuss dgn pediatric surgeon untuk buat operation for the baby immediate baby lahir... but the operation can only be done if the baby is big and strong enough... as a parent to be, kami berdua tak putus asa, setiap hari berdoa dan buat pelbagai preparation especially mental preparation untuk terima keadaan baby... we read a lot, kebanyakan baby yang lahir dgn masalah macam ni, lepas operation Insyallah baby akan sihat and active macam kanak2 lain... masa tu kami fikir Tuhan pasti nak uji kami samada kami sanggup terima anak ni atau tidak... kami bukan aje sanggup malah tak rasa ia membebankan langsung, tiap2 hari tunggu baby lahir... kami ambik siap-siap supaya nanti ada orang nak jaga anak kami, iyelah dengan keadaan baby macam tu sapa lah yang nak jaga dia masa kami pergi kerja...

tapi tuhan tu maha kaya, dia berhak untuk buat apa sahaja dan Dia tahu apa yang terbaik untuk umatnya, bila kandungan 7 bulan (24/5/05), my amnion water bocor and I kena infection at my white blood sel, masa tu kami risau sgt, risau baby tak boleh bertahan becoz dr dah bagitau yang baby mesti lahir cukup bulan supaya he is big and strong enough utk dijalankan operation ke atasnya... Dr kata my condition tak boleh tunggu sampai baby mature enough sbb I was really weak at that time...Dr tanya pd hubby apa keputusannya...saya yakin keputusannya amat susah nak buat tapi he decided untuk dr selamatkan saya dulu... means we cannot wait till 36 weeks to deliver him and dr needs to induce me...

Dr induced me for 3 times... hanya Allah sahaja yang tau betapa sakit dan siksanya rasa masa tu... Alhamdulillah saya ada suami yang sangat baik, sangat penyayang yang sanggup menjaga saya sepenuh hatinya.. hampir 2 minggu hubby duduk hospital bersama-sama, family dan kawan kawan pun selalu datang beri kami kata2 semangat... Sampai doktor cakap kat saya 'you are very lucky marsila, your husband is very supportive... family dan kawan2 you pun sama...bilik u ni dah jadi macam kedai bunga dah.." i only can smile to dr. fauziah.

29/5/05, approximately at 6.30 am Baby meninggal semasa masih dlm kandungan and at 7.40 am saya lahirkan baby yang dah tak bernyawa ke dunia secara normal... sedih sangat sampai tak sanggup nak tngok baby masa tu, and i was terribly weak... masa ifwat lahir, badan dia dah jadi biru lebam, sebab dia dah lama lemas dlm perut...kesian dia, mesti dia pun sakit masa tu...

hanya tuhan sahaja yang tau bagaimana perasaan saya, baby ni tak ada gantinya, andai kata kami dikurniakan zuriat lain selepas ini ia tetap tak sama macam yang dah pergi. kami namakan dia Muhammad Rizq Ifwat (Rizq=Rezeki dan Ifwat=The best).

Sedih nya rasa hanya tuhan yang tahu...dengan perubahan hormon...iyelah bila dah bersalin, pastu breast bengkak sebab ada susu...masa tu tak tau nak buat apa...hubby pun nangis masa tu sebab dia tak mampu nak tolong apa2... hubby pergi hospital and jumpa my gyne, dr bg ubat untuk memberhentikan hormon tersebut..lepas mkn ubat tu, i slept for almost a day... siksanya masa berpantang tu... confinement tu sememangnya menyiksakan, duduk kat umah, practically i just stayed in my room... masa tu sedih sgt, kalau org lain pantang sakit sakit pun ada baby mesti lega rasa hati... as for me hanya ada suami yang tak jemu jemu membelai dan tunjuk kan kasih sayang nya... macam tu juga keluarga...

sepanjang cuti berpantang memang i dont want to receive any call... i dont pick up any call from friends... bukannya tak nak diganggu tapi kalau mula je bercakap mesti terus menitis air mata, nanti kalau kawan2 tahu yang i keep crying, tak nak plak tagih simpati mereka... ataupun kalau bukan tagih simpati, ada pulak yang tak rasa sensitif, dan sebelum saya jadi bertambah sedih baik saya diam kan diri. masa tu jugak tak suka terima tetamu kecuali kawan2 dan saudara yang benar benar rapat sbb ada satu hari seorang kawan mak saya dtg masa tu saya tengah jahit crosstich, makcik tu boleh ckp "untung lah dia boleh jahit crosstich masa ni, kita dulu masa pantang mana boleh rehat, sikit sikit baby menangis"... saya terdiam, bukannya apa... takkan makcik tu tak faham yang saya menjahit sebab saya nak hilangkan perasaan bosan saya dan untuk lupakan saya dari meratapi pemergian Ifwat...

Bukan mudah untuk cakap ttg baby atau untuk tengok baby lain tanpa air mata bergenang tapi as what one of my friend told me (she experienced the same), only time will heal the pain. Bukan mudah untuk kami terima keadaan ini. Ia merupakan ujian terbesar setakat ini untuk kami berdua... kami cuma pohon dari Tuhan untuk tetapkan iman kami supaya kami boleh atasi ujian dari Nya dengan tabah...

For everybody who visited me at home or hospital, thank you very much... untuk semua keluarga, kawan2 dan semua yang mendoakan, berbanyak2 terima kasih...hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya.. Untuk suami tercinta, thank you very much for all your support and love...